Wednesday, January 11, 2012

Persediaan Untuk Majlis Pertunangan (excited mehhh......)

Setiap persediaan perlu dilakukan utk sesuatu majlis yg bersejarah dalam hidup seseorang, especially me......weeee.....

Ni adalah persediaan Majlis pertunangan...kite digalakkn utk wat yg sederhana saja utk mengelakkn pembaziran..ingat!!!!!




MERISIK:

Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama.
Antaranya ialah:
• Cincin belah rotan. (cincin tanda)
• Wang tanda (hantaran) – ikut tempat
• Baju sepasang atau kain
• Buah-buahan
• Kuih-muih
• Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
• Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak. (kini kebanyakkan pasangan adalah pilihan sendiri)
• Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
• Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih akan diberikan.
• Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
• Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
• Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

(Majlis merisik tidak semestinya dilakukan, ada pasangan yang terus bertunang tanpa upacara merisik. Ini pilihan kepada anda)




HARI PERTUNANGAN:

Keperluan di hari pertunangan:
• Cincin
• Sirih junjung (tepak sirih)
• Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
• Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

Biasanya dimajlis inilah jumlah wang hantaran, maskahwin dan tarikh kenduri kahwin itu ditetapkan. Jadi anda perlu bersedia dengan maklumat tersebut.

Terima kasih.

p/s: hehehe....nantikan hari bahagia saya xlame ag k....akan diupdate di sini.....akhirnya ade jge yg berkenan dengn saya nih...huhuhuhu

No comments:

Post a Comment