Monday, January 23, 2012

Bila Hati terasa rindu....

Ermm...bila hati ini terasa rindu, makin xmenentu rasanyer, serba xkena, tapi apa kan daya, aku hanya lah insan biasa yang xmampu untuk berbuat ape2, hanya mampu berdiam diri, dan hanya mampu untuk berdiam diri sahaja...

Assalamualaikum sume....hehehe..hai sume may coolest people and my stalker!!!!!

Tiba2 start update bermadah lak...haha..lawak tol...xde ciri2 nk jadi sasterawan langsung...hehehe...anyway, saje je..dari situ pn korg dh tau sbb pe kan...ermmm...

Hati nih mmg terasa rindu sgt2 pada seseorang tapi ape kan daya, saya xmmpu untuk sentiasa berjumpa, bertegur dengan die atas sebb2 tertentu....anyway, die still ade perasaan yg same terhadap saya but we still have the steps need to do first....huhuhu...

Lagipun, saya ngah sibuk dalam mencari agen2 untuk menjual telekung vietnam, kain nyer sejuk, sedp dipakai, saya sendri dh ade 3 pasang..huhuhu..saya seorang pemborong nih..sape berminat????huhuh...contact lah saya k... =)   (promote lah plak kn....)

K lah, ape2 pon..saya mengharapkan hari nih ari yang amat bermakna dan baik dari hari semalam...Amin...saya mendoakan anda sume pon mcm tuh jgk ek...hehehe...

Have a good days to my coolest people and all my stalker..hahahaha

Thanks because read this post!!!

MUAHMUAHMUAHMUAH.....

ASSALAMUALAIKUMWBT....


Saturday, January 21, 2012

Fakta Mengenai Wanita



  • Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
  • Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  • Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan..dan itu sgt menyakitkan!!! =( ).
  • Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.
  • Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
  • Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
  • Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.
  • Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan. Setiap wanita yg kecewa pasti akan malu, segan dengn lelaki tersebut, tetapi cube lah ambik mse ..jika masih menganggap die sebagat sahabat.
  • Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. Kekadang aktviti utk meghilangkan stress, perasaaan seorng wanita itu.
  • Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna. Tapi kalo nk tegur, gunalah cara yang berhemah ataupun cara yang lembut agar hti nye xterguris....
  • Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. Ini adalah benar kerana kebanyakkan wanita menyukai lelaki yg suka berlawak, sporting sbb ia akan menceriakn seorang wanita itu.
  • Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.
  • Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
  • Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.
  • Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.
  • Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
  • Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
  • Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.
  • Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.
  • Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
  • Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!
  • Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
  • Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. Lagipun hnya kawan baik wanita itu yang mengetahui segala ttg dia. Jika ingin tau, selidik lah dari sahabatnya..huhu
  • Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik. Ini pernah terjadi pada saya...perit nye rasa!!!!! =(
  • Cinta bererti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.
  • Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.
  • Senjata wanita adalah airmata!!
  • Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
  • Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.
Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


p/s: Saya sebagai seorang wanita tidak menafikan sume fakta ini adalah benar...So, u guys, all boys....hehehe..please check it out....hahaha..GOOD LUCK FOR U....

Friday, January 20, 2012

ADAB BERCINTA DALAM ISLAM

Dipetik daripada buku “PSIKOLOGI CINTA” terbitan PTS Millennia Sdn Bhd

Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”

ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan.



Cinta Sebelum Kahwin

Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:

1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.

4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.

Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.

Cinta Selepas Bertunang

Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Ber-tunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.

Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.



Cinta Selepas Kahwin

Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:

1.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.

2.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.

3.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.



Seharusnya Cinta…

Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.

Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.

Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.

Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.




p/s:Sesungguh nya cinta itu suci sekiranya dijalankn dengan cara yang betul....ape2 pon hargai lah...Cinta kepada Allah SWT lebih Agung dari segalanya....Amin

Monday, January 16, 2012

11 Isi Hati Anak yang Tidak Terucap kepada ibu bapa mereka:

1. Cintailah aku sepenuh hatimu.
2. Aku ingin jadi diri sendiri, maka hargailah aku.
3. Cubalah mengerti aku dan cara belajarku.
4. Jangan marahi aku di hadapan orang ramai.

5. Jangan bandingkan aku dengan kakak dan adikku.
6. Ayah-ibu, jangan lupa, aku adalah fotocopimu.
7. Semakin hari umurku bertambah, maka jangan anggap aku berterusan anak kecil.
8. Biarkan aku mencuba, beritahu saja bila aku salah.
9. Jangan membuatku bingung, maka tegaslah padaku.
10. Jangan suka mengungkit kesalahan-kesalahanku.
11. Aku adalah ladang pahala bagimu.

4 Kejahatan Ibu Bapa Terhadap Anak

Info ini saya rujuk dari majalah MIDI. Semoga apa yang terkandung di dalam posting saya kali ini dapat dijadikan panduan untuk kita semua terutamanya kepada mereka yang telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak. Sekurang-kurangnya terdapat 4 jenis kejahatan yang sering dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka iaitu

Kejahatan Pertama – Memberi Nama Yang Buruk Kepada Anak
Kejahatan yang terjadi apabila seseorang ibu atau bapa menilai kekurangan anaknya dan memaparkan setiap kebodohannya. Lebih jahat lagi jika ia dilakukan di hadapan teman-teman si anak.Termasuk dalam kategori ini ialahmemberi nama yang buruk kepada si anak.

Rasullullah S.A.W sangat menekankan agar ibu bapa memberi nama yang baik kepada anak-anak.

Rasullullah S.A.W bersabda

“Sesungguhnya kalian akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama-nama kalian dan nama ayah kalian, maka perbaikilah nama kalian.” (Hadis Riwayat: Abu Daud)

Jadi adalah sebuah bentuk kejahatan apabila ibu bapa memberi dan memanggil anak dengan sebutan yang buruk, apatah lagi dengan tujuan menghina diri si anak.

Kejahatan Kedua – Tidak Adil Dalam Pembahagian Kasih Sayang

Memberi perhatian lebih kepada anak kesayangan dan mengabaikan anak yang lain ialah salah satu bentuk kejahatan ibu bapa kepada anaknya. Sikap ini merupakan salah satu faktor pendorong kepada putusnya hubungan silaturahim anak dengan ibu bapanya dan pangkal permusuhan antara saudara.

Puncak ketidak adilan dan kezaliman terhadap anak adalah apabila ibu bapa tidak dapat memunculkan perasaan kasih sayang terhadap anak yang mempunyai kekurangan, contohnya kekurangan dari segi rupa paras, kepintaran dan anggota badan. Padahal, kekurangan-kekurangan itu bukanlah kemahuan si anak, apalagi ia bukanlah satu bentuk dosa atau kejahatan

Setiap kekurangan pada diri si anak sepatutnya menjadi pendorong kepada ibu bapa untuk lebih mencintai dan membantunya

Rasullullah S.A.W bersabda

“Semoga Allah mengasihi orang tua yang membantu anaknya atas kebaikan.”(Hadis Riwayat: Ibnu Hibban)

Kejahatan Ketiga – Mendoakan Keburukan Kepada Si Anak
Boleh jadi kebencian terhadap si anak, menjadikan seseorang ibu atau bapa tidak kering lidah memaki, melaknat dan menyumpah kata-kata kecelakaan kepada si anak.

Sesungguhnya perbuatan ibu bapa tersebut amat bodoh kerana setiap kata-kata negatif itu merupakan satu doa buat si anak yang boleh saja dikabulkan Allah.

Rasullullah S.A.W bersabda

“Ada tiga doa yang dikabulkan: doa orang teraniaya, doa musafir dan doa (keburukan) orang tua atas anaknya.” (Hadis Riwayat: Tirmidzi)

Doa keburukan ke atas si anak boleh menjadi hukuman kepada ibu bapa. Maksudnya, jika ibu bapa asyik memaki anak dengan mengatakan beliau anak derhaka, boleh jadi ia akan menderhaka kepada ibu bapanya di kemudian hari.

Kejahatan Keempat – Tidak Memberi Pendidikan Kepada Anak

Bentuk perhatian tertinggi ibu bapa kepada anaknya adalah memberi pendidikan yang baik. Ia merupakan perintah Allah yang diberikan secara umum kepada ketua keluarga tanpa memperhatikan latar belakang pendidikan dan kelas sosial si bapa.

Setiap bapa wajib memberi pendidikan agama kepada anaknya supaya dapat menjadi benteng dari kejahatan dunia dan memberi pendidikan dunia untuk membolehkan si anak berdikari dalam menjalani kehidupan.

Perintah mendidik anak disebut secara umum oleh Allah s.w.t dalam firmannya

“Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya daripada manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim: ayat 6)

Jadi, adalah satu bentuk kejahatan ibu bapa terhadap anak jika mereka tenggelam dalam kesibukan dunia sehingga lupa memberikan pendidikan kepada si anak terutamanya pendidikan mengenai agama seperti solat.




p/s: bukan niat utk menjadi anak derhaka tetapi anak2 juga ade hak2 mereka sebgai seorg insan...ibubapa harus ingat..semoga ini tidak terjadi terhadap bakal anak2 saya di kemudian hari...semoga kami menjadi keluarga yang sakinah....Amin...

Thursday, January 12, 2012

SELAMAT PAGI....!!!!!



Pagi ini memang matahari tidak bersinar cerah tapi pagi ini indah
ada kabut tipis yang menyelimuti dan kepulan asap dari dapur yang mewangi
dari kejauhan suara burung-burung terdengar bersahut-sahutan
berlomba dengan kokok ayam serta celoteh riang anak-anak
matahari tampaknya masih enggan membiaskan cahayanya
bersembunyi malu di balik awan-awan kelabu yang sedang berdiskusi
apakah hujan hendak diturunkan hari ini?

Pagi dikampungku selalu saja membuatku rindu
rindu akan susana sebuah kehidupan sederhana
disini tak ada hiruk pikuk manusia yang berlomba untuk dunia
mereka hanya tahu satu hal
pergi ke petak kebun serta sawah yang mereka punya
menanam apa yang mereka bisa
menunggu hasil yang akan mereka terima
dan bersyukur dengan apa yang mereka dapat
sungguh suatu pola hidup yang teramat sederhana

Pagi di kampungku sungguh indah walaupun biasa
karena waktu seolah merambati hari tua bukan berlari
disini kita bisa duduk tenang menunggu datangnya senja
lalu terdengarlah suara-suara merdu mengalunkan puja
dari lisan-lisan bocah yang belajar mengeja
setiap huruf dari kalam suciNYA
pagi aku suka ...

Wednesday, January 11, 2012

Mengimbau Kenangan Lame Di KPMSI....Part 1



Waaaaaa..rindu giler kt kwn2 yg sme belajar kt KPMSI tuh...ermmm..mesti masing2 dh makin busy, dh sambung belajr, keje.....anyway GOOD LUCK utk korg...huhuhu.....

Anyway saya rindu sgt2 dengan mmber2 kt KPMSI tuh...wahhh..byk giler kenangan kt sne...rindu lah dekat kwn2....amirul ariff, zailan ustaz din, fared, hazmirul, hasnol, n the gang laki yg len...yg girl lak..of course lak housemate saya...miera, kak nisa, anis yg gilerbersama mumu, nana, aliya, nana keding, adeq, saidatul, wanie london, wani tajima,yuyu, amie, ruby, elise, akin, kecik and ramai ag lah...senng cite ase nk letk stu kpm nih..hahahah...walaupun byk kenangan pahit dengan korg sume...saya tetap akn mengingati setiap kenangan manis kite sume au..huhuhu...seronok dpt kenal dgn kawn2 yg sporting giler, best jer layan...hehehe...xkurang jgk yg last sem bru kenal..tp i2 xjd mslh sbb saya suker berkawan lah...huhuhu...kt cni aq letk kn gmbr2 kenangan kite sume au....

Firstly, saya nk tunjukkn gmbr2 housemate saya yg kepala giler nih..hahaha


ni anis tasnim..hehehe


ni nana ngn miera...huhuh..mia buyeh


ni ngn kaknisa yg tggi lampai owgnye....hehe



ni lah geng2 housemate saye yg berjaya tggl bersame saya..weeee

 gmbr2 kt bwh nih dgn kwn2 yg len plak..huhu


ni time kiteorg g lepak kt lumut...hari2 seblom nk blik..waaaa


pantang nmpk cermin..sume nk pose..hahaha


ni dgn aini senan..waahhhh..misss uu!!!


hazmirul or "duda"..hahah..muker sengal


time nih BBQ BiTech...best giler...


ni ngn dak2 kelas..huhu


ni lah my dearest uncle..hahaha


ni sume geng2 dak nakal..hahaha..gurau jer..


 ni lah my bro...comey..huhu..kmi adik beradik..xcaye???
tgk ic kiteorg...haha


hahaha...ni bidong ngn imran yg perasan hensem...


gmbr nih time BiTech dinner..best ooo....


havoc au kiteorg time nih...haha


ni geng2...


ni lah otai HND 4 sesi Jul Dec 2011


yg ni plak, geng satu mentor ngn saya....Zack ngn Ihsan


wani ngn zack...hehehe


ape bnd lah yg digosipkan tuh Ihsan..
xkan nk minx tips umah tangga kt Hafiz kot..hahah


ni plak Daeng ngn Faiz Lowkey...diorg nih ok..cool jer owngnye


haha..ni lah Wani Tajima..seblh sne Aimuni ngn Nadia..hhuhu


haha..ni lah aktiviti bulan puase kami..tp ni last year kmi berpuase as Student KPMSI


sume geng kaki pose lah....


ni time raye..iwe, faiz, iqbal...


ni lah semua SAHABAT SEJATI saya di KPMSI.....

p/s: kepada sesiapa yg tidak disebut, saya memohon seribu kemaafan ye..xpe..anda leh request kt saya k..huhu...



Marilah kite SENYUM.......

Setiap senyuman yg kite berikan kepada orang lain amatlah bermakna sekali...senyum itu adalah sedekah....so, jgn lah kite kedekut sangat nk senyum k..hehehe...walaupun kite senyum tetapi tidak dibalas...jgn risau lah...kemungkinan owg tersebut ade masalah and kite jgn ambik hati sgt yer, cool sudah.....bagi yg sudah berumah tangga, senyum kepada suami boleh dapat pahala au..huhuh...tp jgn kerap sgt plak..isau nnt suami anda...hahahaha....

Kat cni, saya nk bgtau ckit tentang rahsia dan kelebihan pada Senyuman yg mungkin kite sedar or x jer....hehehe




1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.



4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.



7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.




11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal,cukuplah dengan sekelumit rasa ikhlas yang boleh memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".




p/s: So, ape lagi jom lah kite mengamal kan budaya SENYUM......Senyum itu akan lebih bermakna jika keikhlasan mengiringi senyuman itu.....=)

Pertunangan dan Mas Kahwin

Setiap pasangan yang sudah bertunang dan berkahwin ade hak mereka.....disini saya menyenaraikan hak dalam pertunangan dan hak mendapat mas kahwin...... =)

Hak dalam pertunangan

Berkaitan hak seseorang individu di dalam pertunangan, Undang-undang Kekeluargaan Islam telah memperuntukkan bahawa seseorang individu boleh mendapatkan gantirugi sekiranya sesuatu pertunangan itu diputuskan oleh pihak satu lagi.

Sebagai contoh, seorang perempuan yang diputuskan pertunangannya dalam keadaan dia tidak rela dengan keputusan pihak lelaki tersebut, maka dia berhak menuntut pihak lelaki membayar gantirugi perbelanjaan yang telah dibuat sebagai persediaan majlis dan menuntut supaya memulangkan semua pemberian pertunangan atau nilai barangan jika ianya telah digunakan.

Sekiranya suatu pertunangan itu diputuskan oleh pihak perempuan, maka keadaannya sama seperti jika pertunangan diputuskan oleh pihak lelaki. Pihak perempuan mesti memulangkan semua pemberian pertunangan atau nilai barangan jika ianya telah digunakan.

Pihak lelaki juga berhak menuntut gantirugi perbelanjaan yang telah dibuat untuk persediaan majlis dan menuntut kembali wang hantaran sekiranya telah diberikan kepada pihak perempuan.

Hak mendapat mas kahwin

Hak untuk mendapat mahar atau mas kahwin hanya diperolehi oleh pihak perempuan iaitu bakal isteri. Mas kahwin adalah hak yang wajib diperolehi oleh seorang isteri daripada suaminya. Mengikut peruntukan undang-undang, mas kahwin hendaklah dibayar oleh suami atau wakilnya kepada isteri atau wakilnya semasa pernikahan dijalankan di hadapan dua orang saksi.


Pihak pendaftar nikah akan mencatatkan jumlah mas kahwin, pemberian atau sebarang perjanjian pemberian atau cagaran mas kahwin dan pemberian bagi serahan masa akan datang iaitu selepas akad nikah.

Tiada ketetapan khas di dalam perundangan berhubung dengan jumlah mas kahwin. Namun, memadailah jumlah tersebut dalam anggaran kemampuan bakal suami dan tidak melibatkan hutang yang akan membebankan kehidupan kedua pasangan suami isteri tersebut di masa akan datang.


Tidak terdapat peraturan atau syarat tertentu berkaitan dengan ketetapan kadar mas kahwin. Namun, ada negeri yang menyelaraskan kadar 
mas kahwin tetapi ianya bukanlah satu kadar yang tetap dan perlu dipatuhi. Bererti, pengantin perempuan atau walinya berhak untuk meletakkan jumlah mas kahwin yang berbeza sama ada lebih kurang atau lebih tinggi berbanding amalan yang ada sekarang.

Ada di kalangan masyarakat kita yang masih keliru antara mas kahwin dan hantaran. Realitinya, terdapat perbezaan yang ketara antara keduanya. Mas kahwin ialah pemberian wajib daripada suami kepada isterinya dan mas kahwin itu disebutkan semasa akad sama ada dibayar secara tunai atau hutang. Sementara hantaran ialah hadiah daripada suami kepada isterinya dan juga hadiah daripada isteri kepada suaminya iaitu saling bertukar hadiah sebagai tanda setuju dengan perkahwinan tersebut. Hantaran juga bukanlah perkara wajib tetapi hanyalah satu hukum adat.

Kebiasaannya, sebahagian daripada hantaran ini akan diberikan pada hari pertunangan dan sebahagian lagi akan diberikan pada hari akad nikah dijalankan. Barangan hantaran inilah yang ditetapkan mesti dipulangkan semula sama ada dalam bentuk asal atau nilaiannya sekiranya berlaku pemungkiran pertunangan.

Dalam pengamalan sekarang, masyarakat lebih menitik beratkan soal hantaran sehingga sanggup bergolok gadai. Malah apabila timbul persoalan untuk menaikkan kadar mas kahwin, masyarakat mula kecoh kononnya ianya akan membebankan pihak lelaki. Realitinya, kadar mas kahwin yang perlu diutamakan kerana ianya merupakan penghargaan untuk seorang isteri yang bersedia mempertaruhkan jiwa dan raganya bagi mengabdikan diri sebagai seorang isteri kepada seorang lelaki bernama suami.

Sememangnya terdapat hadis yang menjelaskan bahawa antara ciri-ciri wanita sholehah ialah apabila nilai mas kahwinnya rendah. Namun, harus diingat, Islam adalah bertepatan dan bersesuaian dengan setiap keadaan dan masa. Mas kahwin sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberi nilai kepada seorang isteri. Jika mengikut pengamalan sekarang, apakah yang boleh dibuat dengan RM22.50?

Kaum wanita berhak untuk meminta jumlah mas kahwin yang bersesuaian dengan dirinya tetapi bukanlah keterlaluan hingga menyebabkan bakal suami terpaksa berhutang. Di zaman Saidina Omar, ketika beliau cuba menetapkan kadar mas kahwin, bangun seorang wanita mempertikaikan cadangan beliau lantaran di dalam al-Quran jelas mengatakan mas kahwin adalah hak mutlak wanita. Saidina Omar akhirnya akur dengan pendapat wanita tersebut dan tiada ketetapan dibuat.
Merujuk kepada masyarakat kita hari ini, kenapakah tidak jumlah wang hantaran yang tidak wajib itu dikurangkan sedikit, cukup sekadar untuk membiayai majlis perkahwinan dan ditambahkan kadar mas kahwin, sebagai penghargaan dan hadiah pertama tanda cinta dan kasih seorang suami kepada isteri?

Sumber : www.keluarga.net.my

p/s:jikalau saya tersilap..tegur lah yer...=)

Persediaan Sebelum Kahwin

MAS KAHWIN


Setiap akad perkahwinan mestilah mempunyai maskahwin dalam bentuk benda yang bernilai walaupun kecil atau faedah dan manfaat yang diberikan oleh suami kepada isterinya kerana akad perakahwinan.Sebagaimana sabda Baginda riwayat Bukhari,Muslim dan Abu daud yang bermaksud;
“Carilah maskahwin walaupun berupa bentuk cincin besi”-(riwayat Al-Bukhari,Muslim dan Abu Daud)


   Suami wajib membayar mahar kepada isterinya sebanyak yang disebutkan dalam akad perkahwinan jika ia maharmusamma.Seandainya pula tidak disebut dalam akad perkahwinan ia wajib dibayar mengikut mahar mithil.Antara konsep Islam mewajibkan suami membayar maskahwin kepada isterinya sebagai penghargaan kepada isteri dan memenuhi tanggungjawab ketetapan daripada Aallah SWT.Sebagaimana firaman Allah yang bermaksud:
“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib.Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya”-(Surah An-Nisa’)


   Sekiranya berlaku penceraian diantara pasangan suami isteri sebelum berlakunya persetubuhan,suami wajib membayar maskahwinseparuh kepada isterinya.Manakala perceraian yang berlaku selepas diadakan persetubuhan suami mestilah membayar semuamaskahwin.Seterusnya lagi,jika suami atau isteri meninggal dunia selepas akad perkahwinan walaupun tidak sempat melakukan persetubuhan maka maskahwin wajib dibayar semuanya.


      Justeru itu apa sahaja boleh dijadikan maskahwin,asalkan berfaedah dan bernilai,antara syarat benda yang dijadikanmaskahwin ialah: 
  1. Mestilah dari benda yang suci atau benda yang dapat disucikan.Di mana tidak sah maskahwin daripada benda suci yang tidak dapat disucikan,seperti madu lebah yang terkena najis.
  2. Ada faedah atau pekerjaan berfaedah,seperti mengajar ilmu agama atau al-Quran.
  3. Ia adalah milik suami.
  4. Mampu diserahkan kepada isteri bila-bila masa sahaja.
  5. Diketahui sifat dan jumlahnya.

MEMINANG

Meminang ialah lamaran seorang lelaki terhadap seorang perempuan untuk dijadikan isterinya.Dalam erti kata lain,meminang ialah suatu proses untuk menyatakan keinginan daripada seorang lelaki kepada seorang wanita yang boleh dikahwini dengan tujuan untukmengahwininya serta suatu ikatan atau perjanjian untuk dilangsungkan perkahwinan.
   Walaupun peminangan itu tidak wajib atau bukannya suatu akadperkahwinan yang sah,namun perkara tersebut perlu diambil berat untuk menjaga hubungan harmoni antara pasangan,keluarga dan hubungan kedua-dua belah pihak.Dalam menyatakan peminangan terhadap wanita yang boleh dikahwini dapat dilakukan dalam beberapa bentuk,iaitu:
  1. Peminangan boleh dilakukan secara terus-terang atau melalui sindiran dan kiasan terhadap mana-mana wanita yang masih dara.
  2. Pinangan yang dibuat terhadap janda yang masih dalam ‘iddah boleh dilakukan dengan cara sindiran sahaja.Sesiapa yang menyatakan pinangan terhadap janda yang belum habis ‘iddah secara terus-terang atau dengan membuat temujanji bersama adalah haram hukumnya.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:”Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan(secara sindiran),untuk meminang perempuan(yang kematian suami dan masih dalam ‘iddah),atau tentang kamu menyimpan dalam hati(keinginan berkahwin dengan mereka).Allah SWT mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut(atau mengingati) mereka,(yang demikian itu tidaklah salah),akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit,selain menyebutkan kata-kata(secara sindiran) yang sopan.dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendaklah melakukan) ‘aqad nikah sebelum habis ‘iddah yang ditetapkan itu.Dan ketahuilah,sesungguhnya Allah SWT mengetahui apa yang ada di dalam hati kamu,maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaaNya,dan ketahuilah,sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun,Lagi Maha Penyabar”-(Surah Al-Baqarah 2:235)
     Biarpun peminangan juga merupakan salah satu daripada syariat Islam,namun Rasulullah SAW melarang keras perbuatan melakukan peminangan terhadap wanita yang telah dipinang oleh orang lain dan hukumnya adalah haram peminangan tersebut sekiranya pinangan itu telah diterima oleh perempuan.Sebagaimana Hadis Baginda yang bermaksud: “Dilarang seorang lelaki meminang di atas pinangan saudaranya,sehinggalah ia berkahwin dengan perempuan lain atau menunggalkan perempuan yang dipinangnya”
   Sabda Baginda dalam Hadis yang lain yang bermaksud: “Janganlah lelaki meminang atas pinangan lelaki lain melainkan meminang sebelumnya sudi melepaskannya atau peminang itu memberi izin kepadanya”- (riwayat Bukhari dan Nasa’i)
      Sewaktu berlangsung proses pertunangan dan selepas selesai peminangan,harus bagi lelaki atau perempuan membawa atau memberi sesuati hadia atau bertukar hadiah antara mereka sebagai tanda ikatan perjanjian.Namun begitu lelaki dan wanita ditegah dan haram mengadakan pergaulan bebas bersama tunangnya,kerana mereka belum dikira sebagai suami isteri yang sah.Segala hubungan antara mereka mestilah mengikut syara’ dan mesti dianggap seperti bukan muhrim.
   Konsep peminangan tersebut dapat membawa ke arah proses janjiperkahwinan secara rasmi dan sopan.Walaupun begitu,pertunangan yang diadakan tersebut dapat diputuskan serta dapat dibatalkan bila-bila masa sahaja jika antara dua pihak rasa tidak puas hati atau ada sebab-sebab tertentu yang menghalang pasangan tersebut untukdikahwinkan.Namun begitu,mereka mestilah menbubarkannya dengan cara yang sopan dan diantara kedua belah pihak mestilah menerima hakikat tersebut dengan hati yang terbuka.
  1. Beragama
  2. Berakhlak mulia
  3. Beradab
  4. Mempunyai harta dan keturunan mulia.
   Walaupun wanita itu hanya diharuskan melihat kepada bakal suaminya selain antara pusat dan lutut sahaja.Namun dalam keadaan lain,Islam mengharuskan juga mereka menyelidiki latar belakang keluarga dan diri bakal suami secara lebih terperinci melalui wakil dan orang tengah yang adil dan amanah.  


Tujuan Pemilihan Calon Isteri atau Suami
Dalam Islam,hukum melihat bakal suami atau isteri adalah sunat bagi sesiapa yang berhasrat danb memilihnya dengan tujuan untukberkahwin.Antara tujuannya ialah:
  1. Supaya rumahtangga yang bakal dibina akan terbentuk secara harmoni dan saling berpuas hati.
  2. Lahir perasaan saling kasih mengasihi dan reda meredai antara satu sama lain.
  3. Supaya dapat mencari pasangan yang mulia serta dapat melahirkan zuriat dari keluarga yang berketurunan mulia.
Memilih Jodoh
Islam mengharuskan lelaki dan wanita mencari dan meneliti bakal isterinya dan bakal suami masing-masing.Walaupun begitu,ia mestilah melalui syarat tertentu yang diharuskan oleh syara’.Contohnya lelaki hanya diharuskan melihat bahagian tapak tangan dan muka perempuan dan perempuan pula diharuskan melihat bakal suaminya pada bahagian selain antara pusat dengan lutut sahaja.


   Dalam proses perkahwinan,Islam juga menitikberatkan soal persamaan taraf,iaitu kufu dan pasangan yang sesuai,mencakupi keagamaan,keturunan,pendidikan,harta,kecantikan dan lainnya.


Memilih Bakal Isteri
Adalah sunat hukumnya bagi lelaki yang ingin membuat pinangan supaya melihat terlebih dahulu bakal wanita yang akan dipinangnya itu.Begitu juga perempuan yang dipinang sunat juga melihat terlebih dahulu kepada lelaki yang meminangnya.


   Namun begitu,konsep perkahwinan sebenarnya lebih memberi penekanan kepada lelaki.Kerana menurut praktikal dan teorinya pun memanglah lelaki yang mencari bakal isteri dan menghantar peminangan serta melamar wanita untuk dijadikan isteri.Justeru itu,lelaki mestilah memilih calon isterinya dengan cara beradab dan sopan,iaitu dengan melalui proses peminangan terlebih dahulu.


   Islam memberi kebebasan kepada mana-mana lelaki untuk memilih bakal isterinya yang sesuai bagi mereka,disamping itu wanita juga bebas samada untuk menerima lamaran lelaki atau menolaknya berdasarkan alasan yang diharuskan oleh syara’,bukan tindakan nafsu dan perasaan.


   Untuk membentuk ikatan perkahwinan yang harmoni dan berkat,seseorang itu disarankan supaya mengambil kira panduan syara’ dan saranan Nabi khasnya.Dimana bakal suami digalakkan supaya mengutamakan perempuan yang solehah(beragama) serta dapat melahirkan zuriat disamping memiliki ciri-ciri keistimewaan yang lain.Sebagaimana hadis yang  diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
“Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara:Kerana hartanya,keturunannya,kecantikannya dan agamanya.Utamakanlah yang mempunyai agama,nescaya kamu akan selamat”- (Riwayat Bukhari dan Muslim)
   Dalam maksud hadis di atas,Nabi menggalakkan umatnya supaya mengutamakan pemilihan bakal isteri atas dasar agama,kerana dengan agama seseorang itu akan selamat dan bahagia dalam erti kata yang sebenarnya.


   Untuk tujuan tersebut,Islam menekankan pemilihan calon isteri yang beragama.Dimana seseorang lelaki yang memilih bakal iateri yang solehah dan baik akan mendapat jaminan kebahagiaan sebenar rumahtangganya.Sebagaimana sebuah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Muslim dan Nasa’i yang bermaksud:
“Sesungguhnya dunia ini adalah suatu tempat keseronokan dan sebaik-baik keseronokan itu ialah wanita yang solehah”-(riwayat Muslim dan Nasa’i)


   Justeru itulah pemilihan bakal isteri mestilah mengikut landasan syara’.Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman(memeluk agama Islam);dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik,sekalipun keadaannya menarik hati kamu.Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman(memeluk agama Islam).Dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman adalah lebih baik daripada seorang lelaki kafir musyrik,sekalipun keadaannya menarik hati kamu.(Yang demikian ialah kerana)orang-orang kafir itu mengajak ke neraka,sedang Allah SWT mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izin-Nya.Dan Allah SWT menjelaskan ayat-ayat-Nya(keterangan-keterangan hukumnya) kepada umat manusia,supaya mereka dapat mengambil pelajaran(daripadanya)”-(Surah Al-Baqarah 2:21)


    Namun begitu Islam sekali-kali tidak menolak dan tidak mengenepikan faktor sampingan lain seperti kecantikan,harta,keturunan dan sebagainya.Namun asas utama yang dikehendaki oleh Islam ialah agama dan pegangan aqidah seseorang bakal isteri.Sebagai contohnya,sekiranya seseorang wanita itu tidak mempunyai pegangan aqidah dan agama yang kukuh,mereka akan mudah terdorong kepada maksiat dan mengabaikan tanggungjawabnya.


   Begitu juga dengan kecantikan semata-mata boleh boleh membawa kepada kemusnahan rumahtangga dan lagi pun kecantikan itu tidak akan berkekalan.Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka,kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri.Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka,kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka.Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama.Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam,tetapi beragama dalah lebih baik”-(riwayat Ibnu Majah)


   Dalam konteks lain,Nabi Muhammad SAW juga menggalakkan umatnya supaya mengahwini dan memilih wanita yang memiliki sifat lemah-lembut,penyayang dan dapat melahirkan anak,sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud:
Kahwinilah wanita yang bersifat penyayang dan boleh melahirkan anak,sesungguhnya aku berbangga dengan bilangan kamu yang ramai”-(riwayat An-Nasa’i)




p/s : banyak keberkatan apabila dua hati disatukan dengan pernikahan....syaitan akan menangis apabila melihat sepasang manusia disatukan dengan sah dan mulia disisiNya....

Persediaan Untuk Majlis Pertunangan (excited mehhh......)

Setiap persediaan perlu dilakukan utk sesuatu majlis yg bersejarah dalam hidup seseorang, especially me......weeee.....

Ni adalah persediaan Majlis pertunangan...kite digalakkn utk wat yg sederhana saja utk mengelakkn pembaziran..ingat!!!!!




MERISIK:

Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama.
Antaranya ialah:
• Cincin belah rotan. (cincin tanda)
• Wang tanda (hantaran) – ikut tempat
• Baju sepasang atau kain
• Buah-buahan
• Kuih-muih
• Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
• Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak. (kini kebanyakkan pasangan adalah pilihan sendiri)
• Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
• Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih akan diberikan.
• Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
• Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
• Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

(Majlis merisik tidak semestinya dilakukan, ada pasangan yang terus bertunang tanpa upacara merisik. Ini pilihan kepada anda)




HARI PERTUNANGAN:

Keperluan di hari pertunangan:
• Cincin
• Sirih junjung (tepak sirih)
• Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
• Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

Biasanya dimajlis inilah jumlah wang hantaran, maskahwin dan tarikh kenduri kahwin itu ditetapkan. Jadi anda perlu bersedia dengan maklumat tersebut.

Terima kasih.

p/s: hehehe....nantikan hari bahagia saya xlame ag k....akan diupdate di sini.....akhirnya ade jge yg berkenan dengn saya nih...huhuhuhu