Assalamualaikumw.b.t in this blog...i like to write what i want to say, quote,tell, copy and anything..hopefully u'all dont mad with me....
Thursday, December 15, 2011
Ya Allah, aku jatuh cinta: Mengelola cinta tanpa diselubungi dosa from http://zunairahmalee.wordpress.com
Islam sendiri turut mengakui kehebatan cinta terhadap insan berlainan jantina. Islam tidak menolak perasaan cinta yang tumbuh dalam diri manusia. Akan tetapi cinta itu harus dijaga dan dilindungi dari kehinaan dan kekotoran. Cinta kepada berlainan jantina bukan sesuatu yang kotor. Bahkan ia adalah sesuatu yang suci. Perkahwinan adalah ‘bingkai’ yang dapat menjaga kesucian itu.
Cinta tidak haram dan tetap terjaga kesuciannya selama tidak menimbulkan kemaksiatan kepada Allah. Inilah yang harus dijaga kerana seringkali dengan dalih cinta manusia menghalalkan apa-apa yang Allah haramkan. Huraian tentang cinta yang di luar bingkai hubungan suami isteri itu sebaiknya memang tidak perlu ada. Komitmen juga hanya ada dalam perkahwinan.
BAGI PASANGAN KEKASIH YANG BELUM MEMPUNYAI HUBUNGAN YANG SAH
Ketika hati belum sedia, maka sebaiknya tidak perlu ada janji ‘Aku akan berkahwin denganmu dua tahun lagi.’ Lelaki tidak perlu menjanjikan perkahwinan apabila memang waktunya masih lambat. Lebih baik menyegerakan apabila segalanya telah tersedia di hujung mata, lebih baik melupakan si dia dan bersegeralah menyiapkan diri. Ini kerana komitmen yang diikat sebelum waktunya hanya akan menimbulkan zina hati.
Wanita pun sebaiknya tidak mudah jatuh hati dan mengiakan setiap kali lelaki berjanji. Ini kerana jika memang Allah telah jodohkan, segalanya akan menjadi mudah.
BAGI SAHABAT YANG MENJALINKAN HUBUNGAN AKRAB
Keintiman tidak perlu datang di awal waktu. Ketika hati masih sendiri, keintiman sudah terjalin sedemikian kuat. Jalinan akrab sesama sahabat, itulah alasan yang selama ini dijadikan hujah. Tingginya frekuensi bertemu dan bersapa salam, menjadikan hubungan lelaki wanita menjadi semakin akrab. Saling berkirim SMS, bertukar idea dan berdiskusi membuat hubungan itu semakin erat.
Mereka tidak ingin apabila hubungan akrab mereka disebut percintaan. Selama ini mereka hanya berteman, tidak pernah terucap kata sayang, cinta dan sebagainya. Apalagi janji berkahwin dan meminangnya. Inilah yang lazim disebut sebagai hubungan tanpa status. Keintiman yang hadir tanpa adanya hubungan yang jelas. Tapi setiap kali selalu SMS, telefon dan bercanda ketawa. Semuanya ini perlu berwaspada kerana akan menimbulkan zina hati di kemudian hari.
PENDAM JIKA BELUM BERSEDIA
Bila memang belum bersedia untuk berkahwin, maka sebaiknya cinta dipendam dan tidak dilanjutkan. Bila nanti memang jodoh telah sampai, yakinlah bahawa kita akan dipertemukan dengan kekasih hati yang telah menunggu kita. Jadi kenapa harus mendahului dengan yang haram bila memang nantinya kita akan mendapat yang halal?
Seharusnya ketika ada rasa yang mulai bertunas, seharusnya saat itu dipagari dengan makrifatullah. Agar tunas itu mekar, tumbuh kuat pada waktu yang tepat dan pada orang yang tepat.
PERCAYA QADA DAN QADAR
Kukuhkanlah keimanan mengatasi rasa kecewa apabila keinginan bernikah dengan kekasih hati tidak tercapai. Yakinilah bahawa ketepan Allah sedang berlangsung, dan jadilah penerima yang baik dengan penuh sangka yang baik terhadapNya. Tanamkan dalam diri kita Allah Maha Mengetahui yang terbaik bagi hamba-hambaNya.
Jangan biarkan kekecewaan menggoyahkan keimanan kita kepadaNya. Apalagi terus menanamkan prasangka buruk padaNya. Segeralah sedar bahawa ini adalah ujian dari Allah. Fragmen yang pahit dalam kehidupan akan memperkuat keyakinan kita bahawa Allah sayang pada kita. Demikian sayangnya, sampai-sampai Allah tidak rela menjodohkan kita dengan si dia yang kita sangka sebagai pelabuhan cinta kita.
Akhir sekali, dalam Islam terdapat peringkat-peringkat cinta, siapa yang harus didahulukan, diutamakan dan siapa yang harus diakhirkan. Cinta kepada makhlukNya tidak boleh menandingi cinta kepada Allah & RasulNya.
“Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah ia memberitahu bahawa ia mencintainya.” (Riwayat Abu Daud & at-Tarmizi)
“Kecintaan, kasih sayang dan ketertarikan terhadap sesuatu yang indah bukannya merupakan perkara yang tercela serta tidak perlu dibuang. Namun, cinta yang melewati batas ketertarikan dan kecintaan, maka ia akan menguasai akal dan memesongkan pemiliknya kepada perkara yang tidak sesuai dengan hikmah, yang sesungguhnya perkara inilah yang tercela.” (Ibn al-Jauzi)
“Ya Tuhan, kalau seseorang itu bukan jodohku, tolong dijauhkannya dariku dan gantikannya dengan yang lebih baik. Dan jika dia memang jodohku maka supaya didekatkan dengan caraMu dan aturanMu.”
Dipetik dari ‘Ya Allah, aku jatuh cinta: Mengelola cinta tanpa diselubungi dosa’ tulisan Burhan Sodiq.
Labels:
cinta,
jatuh cinta,
ya allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment