Friday, December 9, 2011

Usah bunuh cinta selepas kahwin.. from http://forum.tentangcinta.com



Ketika berkasih-kasihan, cinta seperti suatu kewajipan untuk diucapkan. Bangun pagi, anda sudah mencapai telefon untuk mengucapkan, “Saya cinta kamu” dan sebelum melelapkan mata, sekali lagi ucapan, “Saya cinta kamu”.

Tetapi, selepas menjadi suami isteri, cinta seolah-olah satu perkataan yang asing untuk didengar atau lucu untuk diucapkan. Seakan-akan zaman keemasan cinta sudah berlalu seiring usainya bulan madu apabila memasuki era rumah tangga.

Ketika ini, cinta kepada pasangan seperti kenangan manis zaman silam. Benar, ada yang berkata, cinta dalam alam rumah tangga seolah-olah menjadi beban. Suami atau isteri yang masih menggunakan kata-kata cinta dengan mudah menerima tuduhan bahawa mereka "keanak-anakan" atau "tidak hidup dalam realiti".



Yang lebih mencengkam lagi ungkapan cinta itu "sudah berlalu” dalam hidup suami isteri.Siapa yang membahagikan hubungan nikah dalam dua waktu berbeza iaitu sebelum dan selepas berkahwin?

Kita menjadikan cinta hanya sebagai pemanas badan sebelum berkahwin. Tetapi, selepas itu, erti cinta juga tidak bermakna buat kita. Tanpa disedari, kita menetapkan cinta sebagai syarat untuk berkahwin. Justeru, betulkah tanpa cinta, pernikahan sukar dilaksanakan?

Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni.

Dalam banyak hal, nikmat cinta hilang bukan disebabkan pengkhianatan suami isteri tetapi kita sendiri menganggap cinta tidak seharusnya ada dalam institusi rumah tangga.

Ada yang menganggap cinta terlalu serius untuk berada dalam perkahwinan. Ini kerana selepas memasuki gerbang pernikahan, kita membuang cinta itu di luar. Justeru, cinta hanya dikenang bukan untuk dikecapi bersama.

Sepatutnya cinta tetap hadir dan bersemi dalam pernikahan. Persoalannya, bagaimana kita dapat melestarikan cinta itu?

Cinta itu sepatutnya diletak kepada kedudukan yang tinggi. Cinta ialah sesuatu yang kita hargai. Barang yang kita hargai ialah barang yang kita sayangi. Kita sedih jika kehilangan barang yang kita sayangi, begitu juga dengan cinta.

Orang yang kita hargai biasanya adalah orang yang kita kasihi. Seperti barang berharga, kita akan cuba melindungi orang yang kita sayangi, menjaganya agar jangan diperlakukan sesuka hati oleh sesiapa juga.

Justeru, cinta adalah satu nilai atau penghargaan yang besar. Kemampuan memberikan cinta atau menerimanya adalah sesuatu yang luar biasa. Ada manusia tidak boleh hidup tanpa cinta. Lihatlah...

Panduan bercinta

Ada beberapa perkara untuk mewujudkan penghargaan atau memberi cinta di antara suami isteri.

PERTAMA- gunakan pelbagai kesempatan untuk mengungkapkan kepadanya yang kita bersyukur sebab Tuhan memberikannya hubungan sebagai suami atau isteri.

Kehadiran pasangan bukan saja kita inginkan, sebaliknya memang kita hargai. Dia begitu bernilai bagi kita sehingga kita bersyukur dia berada dalam hidup kita.

Kita dapat menunjukkan penghargaan melalui ucapan terima kasih, sentuhan lembut, tatapan sayang atau melakukan sesuatu yang disukainya. Di sini berlaku prinsip: bermula dengan terima kasih, berakhir dengan menerima kasih. Bermula dengan tidak tahu berterima kasih, berakhir dengan tidak ada kasih.

KEDUA - bersikaplah lemah lembut. Perlakuan kasar bukan saja meninggalkan luka kepada penerima malah merobek penghargaan kita terhadapnya.

Perhatikan prinsip yang berlaku di sini: Semakin halus kita memperlakukan cinta pasangan kita, semakin bernilai dia di hadapan kita. Semakin kasar kita memperlakukannya, semakin rendah dia di mata kita.

KETIGA- perkara paling penting ialah utamakan kepentingan pasangan kita di atas kepentingan orang lain.

Cinta terungkap dengan jelas dalam wadah perbandingan. Bagaimana kita memperlakukan pasangan kita dibandingkan dengan bagaimana kita memperlakukan orang lain.

Siapa atau apa yang kita dahulukan mencerminkan siapa atau apa yang penting bagi kita. Dalam hal ini, perbuatan berbicara jauh lebih keras dari ucapan. Jadi, ucapan cinta kita mesti didukung oleh perbuatan kita yang mendahulukannya dibanding orang lain.

Bila itu tidak terjadi, pasangan kita akan segera tahu sesungguhnya ia tidaklah sepenting yang kita katakan.

Prinsip yang berlaku di sini: Mengorbankan kepentingan sendiri, itulah cinta. Mengorbankan kepentingan pasangan kita, itu bererti kita menodai cinta pasangan kita.


p/s: ape2 pn...sume ats kehendak diri kite sendri...ade jodoh..adelah kite bersame dgn yg tersyg...jikalau tiada...redha lah..segalanye telah ditentukan oleh ALLAH SWT......Amin....



No comments:

Post a Comment