Sunday, April 29, 2012

Kerana Cinta Aku Rela Dalam Paksa....




Kehidupanku penuh dengan perit dan getir
Aku terluka kerana harus melakukan semua ini dengan bukan rela hatiku.
Ia amat menyeksa diriku dan amat menyakitkan,
Aku tahu aku seorang yang lemah dan tidak mempunyai apa-apa
Tetapi tidak bermakna aku harus mengikuti segala-galanya
Tanpa kerelaan hatiku

Aku terseksa dengan kehidupan ini
Bibir manisku tersenyum manis,
Gelak manjaku sentiasa kedenganran
Suara merduku sentiasa menghilangkan sepi
Tetapi hatiku menangis merintih mahu dilepaskan
Aku menangis kerana nasibku yang malang.

Oh….Tuhan
Apakah kesalahanku sehingga nasib aku seperti ini sesungguhnya aku hanyalah manusia yang lemah

Dalam doaku…..
Aku mohon kepadamu Ya Allah
Aku merayu padamu
Memaafkanlah segala dosaku
Dan memberikan sinar yang terang

Kepada diriku aku mengharap
Supaya bukan hanya dibibirku sahaja yang gembira
Tetapi hati dan jiwaku.
Ku berserah kepadamu Ya Allah
Memberikan aku sinar yang lebih berbahagia.

Apa Ertinya Cintaku Buatmu.......



Telah nyata, puisi ku buat mu.
Cinta disemadikan buat diri mu.
Nilai erti cinta ku untuk mu. 
Umpama rindu saling merindu. 
Erti dan bagaimana ingin mengerti.  
Akan erti cinta mu buat diri ku ini.

Percayalah cinta ku, menyintai.
Untuk buat diri mu, yang ku cintai.
Ingin ku,mengisi cinta ku,

bersama diri mu, kecintaan ku.
Berilah erti, pengertian pada ku.
Hakikat pengisian cinta ku dan mu.
Pada pengertian cinta ku,
untuk dirimu, yang dicintai itu.
Saling memberilah antara mu dan ku.
Adakan perkara baik, mu dan aku.

Terjemahan Al Quran...

Tafsiran ni dibeli semlm....yg bertarikh 28 April 2012..mmg best....


Kelebihan Tafsir Quran Perkata

Terjemahan Al Quran bagi setiap perkataan Arab ke Bahasa Melayu, diterbitkan yang pertama di dunia.
Tafsir Ijmali (global) yang ringkas, bukan sekadar terjemahan ayat Al- Quran, tetapi disusun berdasarkan kata per kata dari setiap ayat itu.
Mudah dibaca dan difahami, baik secara terpotong-potong kata per kata atau pun secara ayat per ayat.
Disusun dengan merujuk kepada buku-buku Tafsir yang mu’tabar (diakui) serta disemak oleh ulama-ulama yang mempunyai kepakaran dalam bidang Tafsir Al Quran.
Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul, yang memberikan informasi tentang keadaan dan latar belakang turunnya setiap ayat.
Dilengkapi juga dengan terjemahan.
Sesuai untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang

Ulasan Ulama Dan Ahli Tafsir

"Ini akan membuat anda mengetahui makna dan tafsir setiap kata dari ayat Al Quran"
(Dr. Hidayat Nur Wahid, Ketua MPR RI)

"Tafsir Quran PerKata adalah cara cepat belajar memahami Al Quran"
(Dr. Ahzami Samiun Jazuli, Pensyarah Bidang Tafsir)

"Tafsir Quran Per Kata lebih dari sekadar terjemah Al Quran"
(KH. DR. Muslih Abdul Karim, M.A. Dosen Institut Ilmu Al Quran)

"Tafsir Quran PerKata ini sangat membantu untuk memudahkan pemahaman Al-Quran yang dibutuhkan oleh setiap Muslim."
(Prof. DR. Ahmad Satori, Guru Besar Universitas Islam Negeri 'Syarif Hidayatullah' Ketua Umum Ikatan Da'i Indonesia (IKADI) ).

"Tafsir Quran PerKata merupakan kontribusi ilmiah terhadap al-Quran dengan merujuk kepada referensi yang mu'tabar (diakui). Sebuah tafsir yang wajib dimiliki oleh setiap muslim yang ingin merasakan kelazatan membaca Al-Quran."
(Ustaz Ahmad Kusyairi Suhail, M.A. Ketua Sekolah Tinggi Ilmu Ushuluddin Darul Hikmah).

"Baru pertama kali ini saya menemukan tafsir yang sangat mudah dan baik terutama bagi pemula dalam memahami al-Quran. Tafsir ini sungguh sangat bermanfaat bagi pembaca yang tidak paham bahasa Arab dalam memahami maksud kata per kata dari ayat-ayat Al-Quran."
(Dr. Amir Faishol Fath, M.A. Doktor bidang Tafsir dari International Islamic University, Islamabad, Pakistan).

7 Rahsia Perkahwinan Oleh Dato' Ismail Kamus




Perkahwinan… Siapa di sini yang tidak mahu kahwin?

Sudah semestinya semua orang ingin berkahwin. Mempunyai seorang isteri atau suami, mempunyai anak-anak yang ramai, dan hidup bahagia bersama keluarga yang dibina.

Di dalam perkahwinan terdapat rahsianya yang tersendiri. Ianya terdiri daripada 7 rahsia utama yang dikongsikan oleh Dato’ Ismail Kamus, seorang perunding motivasi dan penceramah bebas serta seorang pengamal perubatan Islam.

Di sini, kami sampaikan kepada anda 7 rahsia utama dalam perkahwinan.

1. Sunah para nabi dan rasul
Perkahwinan dianggap sebagai salah satu daripada sunah para nabi dan rasul. Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutus beberapa rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk mereka isteri-isteri dan keturunan.” (Surah Al-Ra’d: 38)

2. Zuriat keturunan
Kurniaan nikmat Allah kepada hamba-hambaNya agar menerusi perkahwinan akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi Allah SWT.

3. Suatu ibadah
Perkahwinan dianggap sebagai suatu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang, dengannya dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredai. Al-Baihaqi r.a. meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW bermaksud,

“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi.”

4. Bertanggungjawab

Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk yang miskin. Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka.

Ini diperkuat oleh hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud,

“Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku.”
5. Memelihara maruah
Sebaik-baik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah melalui perkahwinan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

“Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berumah tangga, hendaklah ia berkahwin, kerana dengan berbuat demikian dapat menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatannya. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, justeru puasa itu dapat mengekang keinginan batiniah (nafsu syahwat).”
6. Menyuburkan perasaan keibubapaan
Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan, pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak.

7. Disiplin rumah tangga

Melalui perkahwinan wujud disiplin rumah tangga melalui pengagihan tugas suami isteri, ibu dan bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat.

Tanda Lelaki Sayang.....




Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Saturday, April 28, 2012

Hikmah 7 Kalimah...




Menurut Tafsir Hanafi, barangsiapa menghafal Tujuh Kalimah dan jika diamalkan dalam kehidupan seharian, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih-buih di lautan.


  • Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


  • Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.


  • Mengucap Astaghfirullah jika lidah menyebut perkataan yang tidak elok.


  • Mengucap Insya' Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.


  • Mengucap La haula wala quwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tidak disukai dan tidak diingini.


  • Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un jika menghadapi dan menerima musibah.


  • Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullahsepanjang siang malam sehingga tidak terpisah dari lidahnya.


Mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat..mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi biasa, kerana sudah biasa.

Kebersihan Separuh Dari Iman......


Membersihkan Badan Dan Pakaian

Najis yang terkena pada pakaian dan badan, maka hendaklah dibasuh dengan air hingga hilang sekiranya benda najis tersebut dapat dilihat, seperti darah. Tetapi apabila setelah dibasuh itu masih ada bekasnya dan sukar dihilangkan, maka ia dimaafkan. Jika najis itu tidak dapat dilihat seperti air kencing, maka cukup membasuhnya meskipun hanya satu kali basuhan. Dari Asma Binti Abu Bakar ra berkata :

“Salah seorang perempuan datang berjumpai Nabi SAW dan bertanya : Salah seorang kami berhaid, lalu darahnya terkena pada pakaian. Apakah yang semestinya dilakukan? Beliau menjawab : Hendaklah darah tersebut dikikis, kemudian digosok dan dibasuh dengan air. Setelah itu, pakaian itu boleh dibawa dalam solat.” (Kesahihan hadis ini disepakati oleh ulamak hadis)

Jika najis itu terkena pada bahagian hujung bawah pakaian seorang perempuan, maka ia menjadi suci dengan menyentuh tanah. Dalilnya hadis berikut :

“Seorang perempuan bertanya kepada Ummu Salamah ra : Aku menghulurkan hujung pakaianku hingga terjela dan menyentuh tanah. Pada ketika itu, aku berjalan di tempat yang kotor. Bagaimanakah cara menyucikannya? Ummu Salamah menjawabnya dengan sabda Rasulullah SAW : Hujung pakaian itu menjadi suci apabila menyentuh tanah.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Membersihkan Tanah

Cara membersihkan tanah yang terkena najis adalah dengan mengalirkan air ke atasnya. Dalilnya hadis Abu Hurairah ra berkata :

“Seorang arab badawi berdiri lalu kencing di dalam masjid. Ramai sahabat yang berdiri untuk menangkapnya sekali gus membalasahnya. Melihat itu, Nabi SAW bersabda : Biarkan dia, kamu hanya perlu menyiram kencingnya itu dengan sebaldi atau segayung air. Ingatlah bahawa kamu diutus untuk memberi keringanan, bukannya untuk mendatangkan kesukaran kepada orang lain.” (Riwayat oleh sekumpulan ulamak hadis kecuali Muslim)

Tanah yang terkena najis menjadi suci apabila ia kering dan demikian pula benda-benda yang berada di sekelilingnya. Seperti pokok dan bangunan. Abu Qilabah berkata : “Keringnya tanah bererti menandakan kesuciannya”. Aisyah ra berkata : Sucinya tanah ialah dengan cara mengeringkannya. Ini apabila najis itu cair. Tetapi jika najis itu beku, maka tanah tidak menjadi suci melainkan benda najis tersebut dihilangkan atau dibuang.

Membersihkan Mentega Dan Seumpamanya

Dalam masalah ini, terdapat hadis yang berkaitan dengan cara mencucikan mentega. Dari Ibnu Abbas ra dari Maimunah ra berkata bahawa :

“Nabi SAW pernah ditanya mengenai tikus yang terjatuh dan masuk ke dalam minyak mentega. Beliau menjawab : Buanglah tikus itu begitu juga dengan mentega yang tersentuh tikus tersebut. setelah itu, makanlah minyak mentega itu.” (Riwayat Al-Bukhari)

Al-Hafiz berkata : Menurut Ibnu Abdul Barr, ulamak bersepakat bahawa apabila bangkai termasuk ke dalam makanan beku, maka buanglah bangkai itu begitu juga dengan makanan yang berada di sekelilingnya. Dengan erti kata lain, seluruh benda yang tersentuh bangkai wajib dibuang bersamaan dengan bangkai itu. Jika bangkai masuk ke dalam makanan yang cair, ulamak berbeza pendapat mengenai cara menyucikannya. Sebilangan besar ulamak berpendapat, jika bangkai terjatuh dan masuk ke dalam benda cair, maka kesemuanya itu menjadi najis sebaik sahaja bangkai tadi masuk ke dalamnya.

Membersihkan Kulit Bangkai

Kulit bangkai sama ada bahagian luaran mahupun dalamnya, dapat disucikan dengan cara menyamaknya. Dalil hadis Ibnu Abbas ra berkata :

“Nabi SAW pernah bersabda : Jika kulit disamak, maka ia menjadi suci.”

Samak ialah menyucikan kulit haiwan selain anjing dan babi dengan syarat-syarat tertentu. Ia menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman¬-kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut. Sabda Rasulullah SAW mafhumnya :

“Setiap kulit yang disamak menjadi bersih.” (Riwayat Muslim)

Menurut pendapat yang sahih, ketika menyamak kulit binatang tidak wajib dibasuh dengan air. Oleh itu, sunat sahaja ketika menyamak kulit itu disertai dengan air. Dalam hal ini apabila kulit berkenaan selesai disamak maka harus ia diperjualbelikan, walaupun ia tidak dibersihkan dengan air.

Akan tetapi dalam masalah menggunakannya untuk kepentingan ibadat solat, seperti dibuat pakaian untuk menutup aurat dan seumpamanya, ataupun untuk kegunaan menyimpan barang yang basuh seperti air dan seumpamanya, tidak harus menggunakan kulit yang telah siap disamak bagi tujuan-tujuan tersebut (untuk dibawa sembahyang dan menyimpan benda yang basah) melainkan setelah dicuci dengan air, walaupun ia disamak dengan bahan yang suci, apatah lagi jika kulit itu disamak dengan menggunakan bahan penyamak yang najis, kerana kulit yang telah disamak itu diumpamakan seperti pakaian yang terkena najis.

Membersihkan Cermin Dan Seumpamanya

Membersihkan cermin, pisau, pedang, kuku, tulang, kaca, bejana berkilat dan setiap kepingan yang tidak berlubang adalah dengan cara menyapu najis berkenaan sehinggalah hilang kesan-kesannya. Para sahabat pernah mengejakan solat, sedangkan mereka membawa pedang yang terkena darah dalam peperangan. Mereka menyapukan mata-mata pedang itu dan cara itu mereka anggap sudah memadai untuk menyucikannya.


Membersihkan Kasut

Selipar dan kasut yang bernajis menjadi suci dengan cara menggosokkannya ke tanah hingga kesan najis tersebut hilang. Dalilnya hadis dari Abu Sa’id Al-Khudri berkata :

“Nabi SAW bersabda : Jika salah seorang kamu datang ke masjid, maka hendaklah membalikkan kedua-dua seliparnya dan kemudian memperhatikan bahagian telapaknya. Jika terdapat kotoran, hendaklah menggosokkannya ke tanah, kemudian dia dibolehkan memakainya dalam solat.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Di samping itu, kasut dan selipar merupakan benda yang selalunya terkena najis. Oleh yang demikian, menyapunya dengan benda kesat seperti tanah dan batu sepertimana cara menyucikan tempat istinjak sudah memadai malah lebih diutamakan. Ini memandangkan tempat istinjak yang bernajis hanya disapu sebanyak dua atau tiga kali sahaja, sementara selipar dan kasut kerap kali menyentuh benda-benda kesat tersebut.

Perkara Yang Terdapat Dalam Kehidupan
Tali yang biasa digunakan untuk menjemur pakaian terkena najis, kemudian ia kering disebabkan sinar matahari atau tiupan angin adalah dibolehkan menjemur pakaian bersih ke atasnya sebaik sahaja ia kering.


Sekiranya sesuatu objek jatuh ke atas seseorang tanpa diketahui sama ada air biasa atau air kencing, maka dia tidak perlu memastikan objek yang jatuh itu. Tetapi jika dia tetap ingin mengetahui objek berkenaan dengan cara bertanya, maka orang yang ditanya tidak diwajibkan memberi jawapan, meskipun dia tahu bahawa objek tadi sebenarnya benda najis. Di samping itu, si penanya juga diwajibkan membasuh bahagian yang terkena objek yang jatuh itu.


Jika kaki atau hujung pakaian terkena sesuatu benda basah pada waktu malam tanpa diketahui apakah sebenarnya benda basah tersebut, maka dia tidak diwajibkan untuk mengetahuinya seperti mencium dan sebagainya.


Tidak diwajibkan membasuh apa jua benda yang terkena tanah jalanan. Kamail Bin Ziyad berkata : “Aku melihat Ali ra berjalan di tengah-tengah lumpur setelah hujan turun. Namun beliau terus masuk ke dalam masjid, lalu mengerjakan solat tanpa membasuh kedua-dua kakinya terlebih dahulu.


Jika seseorang sudah mengerjakan solat, tiba-tiba terlihat najis pada pakaian atau bahagian badannya yang sebelumnya tidak diketahui, atau mengetahuinya tapi lupa membersihkannya, atau tidak lupa tapi tidak sanggup menanggalkannya, maka solatnya tetap dikategorikan sah dan tidak perlu mengulanginya.


Seseorang yang tidak mengetahui tempat najis pada pakaiannya diwajibkan membasuh kesemua pakaiannya itu. Sebab, tidak ada jalan lain untuk menanggalkan najis tersebut melainkan dengan cara membasuh kesemua pakaiannya. Ini termasuk ke dalam kaedah yang menyatakan : Jika suatu kewajipan tidak sempurna melainkan dengan adanya perkara lain, maka ia juga menjadi wajib.


Jika pakaian milik seseorang itu bercampur antara yang bersih dengan yang najis sehingga dia berasa kebingungan memilih mana satu yang bersih dan yang najis, maka dalam hal ini dia dikehendaki memilih pakaian yang dianggap bersih mengikut keyakinannya. Namun dia hanya dibenarkan memakainya untuk sekali solat sahaja, tanpa mengira jumlah pakaiannya itu sama ada sedikit mahupun banyak. Kes seumpama ini sama halnya dengan masalah kiblat, di mana seseorang dituntut berijtihad menentukan arah kiblat untuk sekali solat sahaja, manakala solat berikutnya dia dikehendaki berijtihad semula dalam menentukan arahnya.

Sunat-Sunat Fitrah


Berkhatan

Berkhatan adalah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang ada di sebelah atas faraj perempuan. Berkhatan termasuk di antara amalan-amalan yang telah disyariatkan oleh Allah SWT terhadap hambaNya. Ia adalah sebagai pelengkap fitrah yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada mereka. Dari Abu Hurairah ra berkata Rasulullah SAW bersabda :

“Nabi Ibrahim yang dijuluki Khalil Ar-Rahman (Kekasih Allah yang maha penyayang) berkhatan setelah berusia lapan puluh tahun dan beliau berkhatan dengan menggunakan kapak.” (Riwayat Al-Bukhari)

Mencabut Bulu Ketiak

Perbuatan mencabut bulu ketiak adalah sunat. Jika sakit maka bolehlah digunakan pisau cukur atau alat-alat yang lain. Boleh juga isteri mencabut bulu ketiak suami dan suami mencabut bulu ketiak isteri. Amalan sebegini boleh menambahkan lagi kemesraan suami isteri. Rasulullah SAW bersabda :

“Lima perkara fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai.” (Riwayat Muslim)

Mencukur Bulu Kemaluan

Mencukur bulu-bulu yang tumbuh di sekitar qubul dan dubur. Ibnu Hajar dalan fathul bari menjelaskan bahawa sunat mencukur bulu-bulu yang tumbuh di sekitar kemaluan depan dan belakang. Dari Anas ra berkata :

“Nabi SAW membenarkan kami untuk tidak menggunting misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan selama empat puluh malam dan tidak boleh lebih dari tempoh itu.”(Riwayat Ahmad, Abu Daud)

Memotong Kuku

Memotong kuku termasuk sunat fitrah. Para ulamak Fikah sepakat, memotong kuku hukumnya sunat dan tidak dimestikan pada waktu tertentu, tetapi sunat memotong pada hari Jumaat. Dari Abi Hurairah ra berkata :

“Nabi SAW menggunting kumis dan memotong kuku setiap hari Jumaat, pagi-pagi sebelum beliau pergi solat Jumaat.” (Riwayat At-Thabrani dan Al-Bazar)

Imam An-Nawawi mengatakan bahawa sunat memulai dengan memotong kuku kedua tangan dahulu sebelum memotong kuku kaki. Mulai dengan telunjuk kanan, kemudian jari tengah, kemudian jari manis, kemudian kelingking, kemudian ibu jari. Sesudah itu jari kelingking, jari manis, jari tengah, telunjuk dan diakhiri dengan ibu jari. Sesudah itu ditukar ke kaki kanan, mulai dengan kelingking kanan dan disudahi dengan kelingking kiri.

Menipiskan Misai

Hukum menipiskan misai adalah sunat. Tidak harus dibiarkan panjang kerana ianya menyerupai orang majusi. Dari Ibnu Umar berkata :

“Nabi SAW bersabda : Bezakan identity kamu dengan kaum musyrikin, iaitu dengan memanjangkan janggut dan menipiskan misai.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Memelihara Janggut

Bagaimanapun, ia tidak boleh dipotong terlampau pendek hingga seakan-akan dicukur dan tidak boleh pula dibiarkan begitu sahaja tanpa rawatan hingga terlihat tidak kemas. Yang terbaik adalah mengambil jalan tengah. Sebab, sikap sedemikian itu adalah simbol kesempurnaan. Di samping itu, janggut yang lebat menunjukkan kejantanan dan kematangan. Dari Ibnu Umar ra berkata Nabi SAW bersabda :

“Berbezalah dengan orang-orang musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah misai.” (Riwayat Al-Bukhari)

Merapikan Rambut

Abu Qatadah membubuh minyak ke atas rambutnya sebanyak dua kali sehari dan ini merupakan perintah Nabi SAW yang berbunyi : Malah hendaklah kamu sentiasa menghormatinya dengan cara merapikannya. Mencukur rambut kepala dibolehkan dan begitu juga memanjangkannya dengan syarat dirawat dengan baik. Dari Abu Hurairah ra berkata :

“Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang mempunyai rambut, hendaklah orang itu memuliakannya dengan cara merapikannya.”(Riwayat Abu Daud)

Mencukur atau gunting sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain hukumnya ialah makruh tanzih. Dari Ibnu Umar ra berkata :

“Rasulullah SAW melarang daripada Al-Qaza. Lalu ada seseorang yang bertanya kepada Nafi : Apakah yang dimaksudkan dengan Al-Qaza itu? Nafi menjawab : Mencukur sebahagian rambut kepala seseorang kanak-kanak menakala sebahagiannya lagi dibiarkan.” (Riwayat Al-Bukhari)

Zaman sekarang ini telah menjadi budaya anak-anak muda mengikuti gaya rambut yang berbagai, ada yang berbentuk ala trojen, ada bentuk ala Korea dan Jepun dan banyak lagi jenis rambut yang digayakan oleh orang muda zaman sekarang ini. Berdasarkan hadis di atas mengatakan orang yang memotong rambut sebahagian dan ditinggalkan sebahagian itu adalah makruh. Tetapi kita kena ingat perkara yang makruh ini sangat hampir dengan perkara yang haram. Takut-takut perbuatan mengayakan rambut itu menjadi haram dengan sebab-sebab yang tertentu. Sebagai sikap berjaga-jaga lebih baiklah elakkan dari memotong dan mengayakan rambut seperti itu.

Membiarkan Uban

Lelaki dan perempuan disunatkan memelihara atau membiarkan uban tanpa dicabut, kerana uban ini melambangkan seseorang itu telah berusia atau telah tua dan masa dia hidup di dunia ini sudah tidak lama lagi. Hal ini juga akan membuatkan seseorang itu sentiasa mengingati mati. Orang yang menyimpan uban juga akan dihapuskan oleh Allah satu kesalahan yang telah dilakukannya. Rasulullah SAW bersabda :

“Janganlah kamu mencabut uban, kerana ia merupakan cahaya bagi seorang muslim. Allah akan mencatat satu kebaikan, mengangkat satu darjat dan menghapus satu kesalahan dari setiap muslim yang beruban selama masih memeluk agama Islam.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasai dan Ibnu Majah)

Memilih isteri yang baik...




"Dan, kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang berkahwin) dari hamba-hambanya sahayamu yang lelaki dan hamba-hambanya sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah (SWT) akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan, Allah (SWT) Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (An-Nur : 32 )

Ciri – ciri isteri solehah yang telah ditetapkan dalam sunnah Rasulullah saw:

Wanita solehah, seperti hadis Rasulullah saw bahawa dunia ini seluruhnya adalah kesenangan. Tetapi sebaik-baik kesenangan di dunia adalah isteri yang solehah.

Membantu suami ke jalan kebaikan, Rasulullah saw bersabda "Hendaklahnya kalian memiliki hati yang selalu bersyukur, lidah yang selalu berzikir, dan isteri mukminah yang menolongnya melakukan urusan akhirat."

Wanita penyayang dan berketurunan, Rasulullah saw bersabda "Nikahilah wanita yang penyayang dan berketurunan atau boleh melahirkan zuriat, sebab aku akan membanggakan kalian di hadapan para nabi kelak di hari kiamat".



Rasulullah saw menjelaskan jika wanita solehah adalah satu perkara yang membawa kebaikan dalam hidup seorang lelaki, maka wanita yang buruk (jahat) adalah salah satu dari empat perkara yang mendatangkan penderitaan, seperti yang disebutkan dalam hadith sahih yang bermaksud :

"Di antara yang mendatangkan kebahagian itu ialah perempuan solehah yang jika kamu melihatnya maka akan membuatmu terhairan-hairan, dan jika kamu meninggalkannya berpergian maka dia akan menjamin keamanannya pada dirinya dan hartamu. Dan di antara yang mendatangkan penderitaan ialah wanita yang jika kamu melihatnya akan bersikap buruk padamu dan melontarkan kata-kata yang kasar kepadamu, dan jika kamu meninggalkannya berpergian maka kamu tidak akan merasa aman pada dirinya dan hartamu."

Berusaha Memperbaiki Isteri

Apabila isteri itu seorang yang solelah, maka itu merupakan kenikmatan dan anugerah Allah SWT. Tetapi, jika ia tidak solehah atau tidak baik, maka merupakan kewajipan pemimpin rumah tangga untuk berusaha memperbaikinya. Perkara ini boleh terjadi kerana beberapa sebab, di antaranya jika seorang lelaki mengahwini wanita yang pada dasarnya tidak taat agama, kerana lelaki tersebut pada mulanya tidak member keutamaan pada aspek keagamaan calon isterinya, atau ia menikahinya dengan harapan dapat memperbaikinya kemudian, atau kerana desakan dan paksaan keluarganya. Namun, ia hendaklah terlebih dahulu mengetahui bahawa yang memberi hidayah itu Allah SWT, dan Allahlah yang sebenarnya memperbaiki keadaan. Selain dari mendidik suami hendaklah sentiasa berdoa semoga isteri mereka akan berubah menjadi insan yang lebih baik dan akhir sekali bertawakkal kepada Allah SWT.

Untuk memperbaiki isteri ada beberapa cara:

Memberikan tumpuan untuk memperbaiki cara peribadatannya kepada Allah SWT.

Berusaha memperbaiki aspek keimanannya.

Menganjurkannya melakukan qiyamullail (solat malam).

Menganjurkan supaya rajin membaca Quran.

Menganjurnya untuk menghafal zikir-zikir dan doa-doa serta mengingatkannya agar melakukannya pada waktu-waktu dan kesempatan-kesempatan yang di anjurkan.

Mendidiknya agar rajin bersedekah.

Menyuruhnya agar membaca buku-buku keislaman yang bermanfaat.

Menyuruhnya agar mendengar kaset-kaset keIslaman yang berfaedah, baik yang berkenaan dengan ilmu pengetahuan mahupun pembinaan keimanan, serta terus berusaha untuk menyediakan kaset-kaset tersebut.

Memilih sahabat-sahabat dari kalangan wanita-wanita yang beragama, dan mengikat tali persaudaraan bersama mereka, sebagai teman berbincang dalam kebaikan dan saling kunjung-mengunjungi dengan tujuan-tujuan yang bermanfaat.

Mencegahnya dari melakukan kejahatan dan menutup pintu-pintunya dengan cara menjauhkannya dari bergaul dengan teman-teman yang buruk perangainya dan menjauhi tempat-tempat kejahatan.



Suasana Rumah Tangga Yang Diberkati

Rumah sebagai tempat mengingat Allah SWT

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Perumpamaan rumah yang dijadikan tempat mengingat Allah SWT dan rumah yang tidak dijadikan tempat mengingat Allah SWT adalah bagaikan perbezaan antara orang yang hidup dan orang yang telah meninggal."

Apabila rumah dijadikan tempat mengingat Allah SWT, maka malaikat akan masuk ke dalamnya dengan membawa rahmat dan berkat. Mengingat Allah SWT dengan banyak membaca Al- Quran, solat, zikir dan mengkaji ilmu agama dan membaca beraneka ragam ilmu. Selain itu rumah tersebut juga harus jauh dari kemaksiatan dan kemungkaran dengan dipenuhi

dengan gambar-gambar khurafat, patung-patung, lagu-lagu yang mengkhayalkan dan minuman keras. Rumah sebagai kiblat, tempat sujud dan ibadah kepada Allah SWT.

Pendidikan keimanan terhadap ahli keluarga

Menyuruh isteri solat malam.

Menyuruh isteri bersedekah. Jika ketua rumah tangga ingin menunjukkan teladan yang baik bagi anggota keluarganya maka hendaklah ia berpuasa pada ayyamul baidh "Hari-hari purnama" (tanggal 13, 14, 15), puasa Isnin-Khamis, puasa Hari Tasu'a (tanggal 9 Muharram), puasa Hari Asyura' (tanggal 10 muharram), puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) dan banyak berpuasa pada bulan Muharram dan bulan Syawal, sehingga keteladanan ini akan menjadi pendorong bagi ahli keluarga.








Amalan sunnah dalam rumahtangga
Bacaan ketika masuk rumah, masuk ke rumah dengan menyebut nama Allah SWT.

Doa ketika keluar rumah, keluar rumah dengan menyebut nama Allah SWT dan membaca doa.

Bersiwak, Rasulullah SAW apabila ingin masuk ke dalam rumah baginda akan memakai siwak iaitu membersihkan gigi dengan kayu siwak.

Sentiasa mengamalkan doa-doa & amalan Rasulullah saw dalam apa jua aktiviti kehidupan sehari-hari. Mengusir syaitan dari dalam rumah Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah menjadikan rumah kalian laksana kuburan. Sesungguhnya syaitan itu akan pergi dari rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah di dalamnya."


Dalam riwayat yang lain Rasulullah SAW menerangkan, "Bacalah surah Al-Baqarah di dalam rumah kalian sebab syaitan tidak akan masuk ke dalam rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah di dalamnya."
Mengenai keutamaan dua ayat terakhir dari surah Al-Baqarah itu, serta pengaruhnya kerana membacanya di dalam rumah, baginda menyebutnya :

"Sesungguhnya Allah SWT telah menulis sebuah kitab dua ribu tahun sebelum Ia menciptakan langit dan bumi, dan kitab itu berada di Arasy, dan Allah (SWT) telah menurunkan darinya dua ayat yang Allah SWT jadikan sebagai penutup surah Al-Baqarah. Jika kedua ayat tersebut tidak dibaca di dalam sebuah rumah selama tiga hari maka ia akan didekati oleh syaitan."

Mengutamakan Pendidikan Agama & Mengajarkan Hukum-Hukum Islam

Melakukan solat di rumah.

Bukan orang lain menjadi imam.

Meminta izin, hendaklah orang Islam meminta izin sebelum memasuki mana-mana rumah, dan janganla dia masuk kecuali dengan izin shahibu bait.

Tidak perlu meminta izin masuk ke rumah penginapan (tamu).

Diizinkan makan di rumah para keluarga.

Meminta izin masuk ke bilik istirehat ibu-bapa.

Larangan membuang masa di rumah orang lain tanpa izin mereka.

Menetap di rumah semasa iddah.

Memisahkan tempat tidur bagi isteri yang nusyuz (yang tidak taat padanya) untuk memberi pengajaran supaya isteri tersebut berubah.

Tidak tidur malam sendirian di rumah, diriwayatkan oleh ibn Umar Rasulullah SAW melarang orang bersendirian di dalam rumah kerana bahaya bagi dirinya, larangan ini demi kemaslahatannya.

Tidak tidur di atas loteng yang tidak ada dindingnya, kerana jika orang itu jatuh ke bawahlalu mati maka tidak ada orang yang dapat dipertanggungjawabkan atas kematiannya.

Kucing tidak najis, dan Rasulullah SAW bersabda bahawa: "Kucing tidak najis, dan termasuk binatang yang bolak-balik di hadapan kalian".



Saling Berkomunikasi Dalam Keluarga

Menyediakan masa bersama untuk ahli keluarga, Allah SWT menerangkan di dalam Al- Quran, "sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka….."

Menyembunyikan perselisihan keluarga di hadapan anak-anak.

Tidak menerima tetamu yang tidak disukai.

Mengawasi aktiviti-aktiviti keluarga, siapa teman mereka, apa yang dibawa masuk ke dalam rumah, apa yang terdapat di dalam bilik mereka dan ke mana anak-anak pergi dan dengan siapa mereka pergi.



Memberikan Perhatian Kepada Anak-Anak

Hafalan Al-Quran dan kisah-kisah dalam Islam Tidak ada yang lebih baik bagi seorang bapa selain membacakan ayat-ayat Al-Quran kepada anak-anaknya dan menerangkannya secara sederhana, serta memberi hadiah apabila mereka menghafalnya. Anak-anak dapat menghafal surah yang sering dibaca oleh bapanya misalnya, apabila sering diadakan majlis ta'lim dirumah pada setiap jumaat dan pada majlis itu sering dibaca surah Al- Kahfi maka tidak mustahil anak itu dapat menghafal surah tersebut dengan cepat. Sering menceritakan pada anak-anak kisah-kisah nabi, kisah teladan dan pahlawan –pahlawan Islam. Mengajar anak-anak zikir dan doa-doa harian yang dapat diamalkan oleh anak-anak seharian dan yang paling utama sekali bapa harus menunjukkan contoh yang baik supaya dapat diikuti olah anak-anak.

Memperhatikan sahabat anak-anak.

Menyediakan permainan yang bermanfaat.

Memisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan.

Akrab dan lemah lembut terhadap anak-anak.

Displin waktu tidur dan makan.

Menilai pekerjaan wanita di luar rumah, dengan memastikan bahawa isteri dan anak-anak mempunyai pekerjaan dan halal di sisi agama.

Menjaga rahsia rumah-tangga.

Tidak menyebarkan rahsia hubungan suami-isteri.

Tidak menyebarkan perselisihan- perselisihan yang terjadi antara suami-isteri.

Tidak membongkar apa saja yang bersifat peribadi, sekiranya dibongkar di hadapan orang lain akan menimbulkan mudharat bagi rumahtangga atau salah seorang ahlinya.



Keperibadian Dalam Rumahtangga

Bersikap lemah lembut terhadap ahli keluarga.

Membantu menyelesaikan pekerjaan rumah.

Bermesra dengan keluarga.

Mencegah akhlak tercela di dalam rumah seperti dusta, ghibah (memperkatakan keburukan orang lain), namimah dan sebagainya.

Menggantungkan cabuk pada tempat yang dapat dilihat oleh anggota keluarga, sebagai amaran bahawa apabila ada diantara anggota keluarga yang melakukan kesalahan berat maka mereka akan dihukum.




Menghindari Kemungkaran Di Dalam Rumah

Berhati-hati, jangan sampai kerabat yang bukan mahram masuk ke dalam rumahnya yang ada wanita di dalamnya pada waktu ketiadaan suaminya.

Memisahkan para lelaki dan wanita ketika melakukan kunjungan keluarga.

Bersikap waspada pada pemandu dan pembantu rumah.

Berhati-hati pada bahaya TV dan video.

Berhati-hati pada bahaya telefon.

Wajib menghilangkan segala bentuk symbol keagamaan orang-orang kafir dan agama batil dari dalam rumah.

Menghilangkan gambar-gambar yang bernyawa.

Laranglah merokok di rumah anda.

Hindari jangan sampai anda suka memelihara anjing di rumah.

Menghindari mengukir atau menghiasi rumah sehingga menyerupai rumah orang kafir.



Memilih Lokasi Dan Suasana Kediaman

Lokasi rumah

Sebaiknya, lokasinya dekat dengan masjid. Dalam hal ini, terdapat berbagai faedah yang amat besar nilainya, dengan mendengar azan, maka akan memudahkan bagi kaum lelaki pergi solat berjemaah, bagi wanita mudah ke majlis ilmu dan bagi kanak-kanak pergi ke kelas Al-Quran. Hendaklah rumah itu tidak berada pada bangunan yang ada kefasikan, atau berada pada kompleks perumahan yang ada padanya orang-orang kafir dan didalamnya terdapat kolam renang yang akan berkumpul lelaki dan perempuan. Kemudian rumah tidak terbuka, kalau pun terjadi demikian maka hendaklah dibuat tabir atau dengan meninggikan tembok.

Suasana di dalam rumah

Suasana di dalam rumah, hendaklah diperhatikan kemungkinan memisahkan antara lelaki dan perempuan dengan memasuki pintu yang berlainan. Jika hal ini tidak ada memadai dengan memasang pemisah dengan kain.

Memilih tetangga dahulu

Memilih tetangga dahulu sebelum memilih rumah Rasulullah Saw telah memberitahu mengenai empat perkara yang dapat mendatangkan kebahagian, lalu baginda menyebut hal itu, dan di antaranya ialah al-jar ash-shalih tetangga yang soleh. Juga baginda memberitahukan empat perkara yang dapat mendatangkan keburukan di antaranya ialah al-jar as-su' tetangga yang jahat.

Menyediakan kemudahan

Menyediakan kemudahan untuk ahli keluarga, kemudahan perabot di rumah dan keselesaan di rumah.

Mengutamakan kesihatan ahli keluarga

Rasulullah SAW apabila salah seorang dari keluarganya mengalami sakit, baginda menghembuskan berbagai bacaan ta'awwudz (meminta perlindungan) kepadanya.

Tips kecantikan dalam islam....

~Tips Kecantikan Dalam Islam, cubalah.....
• Bedakkanlah wajah anda dengan air wuduk nescaya akan bercahaya diakhirat • Oleskan lipstick kejujuran pada bibir anda. Anda akan kelihatan lebih jelita 
• Gunakanlah pemerah pipi anda dengan kosmetik yang terhasil dari rasa malu yang hanya berada di salun keimanan kerana malu adalah sebahagian daripada iman 
• Lakarkan mata anda dengan celak yang menghindari diri anda daripada pandangan kemaksiatan kerana mata adalah permulaan segala perkara. 
• Rawatilah rambut anda dengan selendang islami yang akan menghilangkan kelemumur daripada pandangan lelaki yang merberhayakan 
• Sebaik-baiknya kalunglah diri anda dengan kalung kesuciaan. Ia akan sentiasa bercahaya 
• Hiasilah kedua-dua tangan anda dengan gelang tawaduk dan jari-jemari anda dengan cincin ukhuwah 
• Pakailah sabun istigafar yang menghapuskan segala dosa dan kesalahan yang dilakukan 
• Hiasilah kuku anda dengan inai semulajadi ciptaan allah swt 
• Peliharalah anggota badan anda dengan fabric keanggunan islam. Sesungguhnya orang yang menutup aurat itu terhindar daripada fitnah 
• Sarunglah kaki anda dengan sepatu yang sesuai supaya mudah untuk kejalan yang diredhai Allah swt 
• Terangilah hati anda dengan ayat suci al-quran. Nescaya hilang bintik-bintik hitam yang mengaburi nurani anda 
• Amalkan tips yang diberikan dan kita akan kelihatan cantik disisi allah, sesungguhnya wanita hiasan dunia seindah hiasan adalah wanita solehah.

Saturday, April 14, 2012

Pesanan Buat Bakal Kekasih Halalku.....



Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..


Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

Sahabat Sejati.......

KONGSIKAN!



“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” -Pakar Diari Hati-

Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.

Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya:“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut” :

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.

Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.

Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.

Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.

Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

TUHAN aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati. Dalam 2 hati diberikan 3 rasa :

SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkan 4 tujuan:

BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:

TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu tersmbunyi 6 impian iaitu :

SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI, & MENGINGATI. Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :

SAHABAT”.


SUMBER : http://diarihati.com/blog/

Jika Bukan Dia Jodoh Ku???

Bukan senang untuk beriman dengan takdir. Kita mungkin berkata kita percaya, tetapi apabila datang dugaan-dugaan tertentu, ada yang akan cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan tuhan.

Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud Ayat-9:



“Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.”

Orang yang berusaha dengan niat untuk beramal akan “berasa lain” sekiranya mereka gagal mencapai matlamat. Mereka akan sentiasa berasa tenang walaupun didatangi kesusahan atau kesenangan.

Mereka terdiri daripada golongan yang bahagia di dunia dan sedang menanti kebahagiaan di akhirat. Tiada satu perkara yang berlaku pada diri mereka yang dapat menggugat ketenangan itu.

Sebaliknya, mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita.

Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermatian-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita.

Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan tuhan.


Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.

Mempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa. Frasa “putus asa” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah.

Perbanyakkan doa untuk kebaikkan. Sebarang usaha perlu dijalankan dengan kaedah yang betul. Ada sesetengah orang yang ditinggalkan kekasih atau suami lalu cuba mendapatkan semula dengan kaedah mengumpat, memfitnah dan memburukkan orang lain.


Sebaliknya, sekiranya mereka berhenti seketika untuk berdoa dan bermuhasabah diri serta menerima ketentuannya, lebih banyak manfaat dapat diperolehi. Salah satu daripadanya adalah ketenangan, selanjutnya adalah iman. InsyaAllah.. =)

Ya Allah...Aku telah jatuh Cinta!!!!

Buat Insan yang amat ku rindui selalu..........

Ya Allah
Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada
seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu

Ya Allah
Jika aku jatuh cinta
Jagalah cintaku padanya
Agar tidak melebihi cintaku padaMu

Ya Allah
Jika aku jatuh cinta
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya terpaut padaMu
Agar tidak terjatuh dalam jurang

Ya Allah
Jika aku jatuh cinta
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling dariMu

Ya Allah
Sesungguhnya aku bermohon padaMu
Untuk selalu mencintaiMu


Ya Allah… Kau jagalah pintu hati ku dari dicemari cinta manusia yg tidak halal bagiku ^_^

Amin..

Aku Insan Kerdil...




Salam ukhuwah fillah buat sahabat seperjuangan,
Secebis ingatan di kala insan kealpaan,
Tatkala qalbun jauh dari ingatkan Tuhan,
Tersasar daripada landasan keimanan,
Nauzubillahi min zaalik..

Sekujur mutiara tasbih tersadai indah,
Tersisip pula dengan rantaian kalimah,
Laaila ha illallah, Muhammadurrasulullah,
Tersergam berjuntai bergandingan sudah,
Subhanallah! Maha Suci Allah..

Namun, di sebalik kemurnian yang nyata,
Terpalit kebenaran secara batinnya,
Jika kemuliaan itu hanya perhiasan semata,
Yang tiada amalan bersisa,
MasyaAllah…

Tika kekhilafan dan kejahilan hamba berlaku,
Tasbih dan kalimah diam membisu,
Kemungkaran terus menundukkan nafsu,
Dek terasa tiada siapa yang tahu.
Astargfirullahal ‘azim…

Begitulah insan,
Bila hati tak takutkan Tuhan,
Mungkin DIA tidak menimpalkan balasan,
Kerana kasih sayang dan ihsan,
DIA terus menunjukkan jalan,
Tika rantai tasbih berguguran,
Barulah hati merasakan,
Betapa hebatnya kuasa Tuhan,
Yang menciptakan,

Hanya sekujur mutiara tasbih tersadai indah,
Yang menjadi sandaran dan wasilah,
Untuk menyedarkan insan yang tersilap langkah,
Daripada terjerat ke kancah yang salah,
Alhamdulillah! Segala puji bagi Allah..

Kini hamba menyedari,
Betapa kerdilnya diri,
Seluruh alam DIA yang menguasai,
Tuhanku, hamba berserah kepadaMu Ilahi.
Allahuakbar! Allah Maha Besar..

Sayang.. Kenapa Cintakan Saya?

Bila ditanya dengan soalan “Sayang kenapa cintakan saya?”. Sukar untuk menyatakan jawapan dalam ayat yang mudah. Tiada perkataan yang dapat diungkap untuk menjelaskan kenapa rasa cinta ini wujud.


Yang boleh dijawab, tidak tahu hendak memberi jawapan kenapa menyintai dan terus menyintai.

Jika pada masa mula jatuh cinta, jawapan mungkin mudah. Jatuh cinta pada rupa, pada tingkah laku, pada jenaka, pada budi bahasa, pada apa jua yang menarik yang sebabkan tertarik. Hati sentiasa ingat, makan tidak lalu, tidur tidak lena dan mandi tidak basah. Semua itu dirasa bila mula bercinta.


Namun seperti mana perkara-perkara yang wujud dalam kehidupan, cintakan akan menjadi dewasa, selaras dengan masa dan selaras dengan matangnya hubungan.

Semakin lama percintaan, semakin bertambah perkara-perkara dalam kehidupan dikongsikan bersama. Mula pada awalnya mungkin perkara-perkara mudah. Berkongsi bayar makan dan minum, berkongsi kenderaan ke tempat kerja. Lama kelamaan hampir semua perkara dikongsikan bersama selaras dengan dewasanya cinta.

Kehidupan mu adalah kehidupan ku, kehidupan ku adalah kehidupan mu, ia menjadi kehidupan kita.


Cinta kini menjadi kehidupan. Pengkongsian kehidupan dua insan lelaki dan wanita, adalah percintaan. Usaha untuk memberi dan menerima, usaha untuk mengalah atau mengambil jalan tengah, usaha berunding, merajuk dan luahan perasaan. Semua itu adalah percintaan.

Kenyataannya. Tiada yang sama antara dua insan, lelaki dan wanita. Dari semua segi adalah berbeza, tubuh badan, perasaan, permikiran, sikap, semuanya berbeza.

Yang sama hanyalah cinta… Cinta yang menjadi pengikat… Dua insan lelaki dan wanita yang saling berbeza. Pengikat itu adalah pemahaman bahawa dua insan bercinta lelaki dan wanita, adalah dua insan yang berlainan dan berbeza. Kekuatan ikatan adalah sikap saling hormat menghormati atas pemahaman itu.

Untuk jawapan kepada “Sayang kenapa cintakan saya?”


Lihatlah mataku, nampaklah dirimu. Sentuhlah hatiku, disitulah dirimu. Lihat hidupku itulah hidupmu dan tentunya, Aku Cinta Pada Mu.. :)

Tangisan Ku Bersulamkan Rindu...


Tersenyum sendiri apalah lagi,
bagai mencari inti berduri,
yang tak kunjung peri seksa sealam tari,
mencari pelangi yang hitam tak seri,
mengharapkan cantuman hati dan budi..

Ku pegang kuntuman lesu-lesi,
Hasil mahsul yang basi,
Yang satu ketika berdua berdiri..

Di alam bayang tak lagi sepi,
Tapi nyatanya kelam duka menanti..

Mari menghirup udara,
Berpeluk dengan luka,
Mendongak asa,
Mengubat duka..

Kelambu ini senantiasa kusam,
Kerana mencabang kata alam,
Yang temannya malam,
Yang saksinya bungkam..

Kerana pada hujungnya,
Ada tangis bersulam rindu..

Perit bagai mencabut,
Hidup kelam kelibut,
Mahu untung timbul sabut,
Tapi tenggelam dipukul ribut..

Aduhai merintih alaskan dejavu,
Daku menangis lagi kerana rindu..

“Aku ingin mencintaimu dengan sederhana..”


Cintaku sederhana dalam kesederhanaan..
Cintaku tak berkobar-kobar penuh nafsu..
Cintaku sederhana dalam keterbatasan..
Cintaku tak menggebu-gebu laksana cinta yang semu, bergelora di awal namun redup di tengah perjalanan.

Cintaku sederhana, namun sanggup mencintaimu apa adanya..
Cintaku sederhana, namun mampu menyayangimu tulus..
Cintaku sederhana, namun hadir saat kau terjatuh..
Cintaku sederhana, namun ada saat kau terluka..
Cintaku sederhana, namun diikat dengan kesetiaan..
Cintaku sederhana, namun terukir di hati yang tulus.

Cintaku penajam imanku..
Cintaku penebal keyakinanku..
Cintaku penawar hati dari kelelahan dunia..
Cintaku sederhana, hanya mampu memberi..

“Aku ingin mencintaimu dengan sederhana..”

Ya Allah, Boleh kah Aq Mencintainya?



Ya Allah bolehkah aku mencintainya?
Ya Allah bolehkah aku menyayanginya?
Ya Allah bolehkah aku merindunya?

Bila rasaku ini mulai meluluhlantahkan segenap hatiku
aku tak sanggup untuk mulai menanggungnya sendiri
aku memerlu sandaran hati untuk menenangkan hatiku ini
kepada siapa aku akan melabuhkan cintaku ini?
dan sampai saat ini belum aku temui jawapannya.

Jika memang dia yang dapat menjadi terbaik untuk dihatiku
kan kupasrahkan semua kepadaMu.
jikalah dia yang tepat KAU pilihkan untukku
tak kan kemana hatiku kan mencari sebuah tambatan hati.

Jika bukan dia yang untuk terbaik untukku
kan ku cuba untuk mengikhlaskan semua
meskipun sakit untuk menanggungnya.

Ya Allah.. jika memang Kau jodohkan dia kepadaku , temukanlah dia denganku di ikatan yang penuh kehalalan dan barakah.. dimana kalau tidak di ikatan pernikahan…

Semoga cinta ini, sayang ini, rindu ini bersemi seindah mentari yang menyinari bumi…..
untuk membangun keluarga sakinah, mawadah dan warahmah kelak bersama suamiku nanti.

Ya Allah, Dengarlah luahan hati ku ini.....

Ya Allah..

Penuhkan hati ini dengan cahaya cinta-Mu..
Hingga tiada lagi ruang untuk aku menduakan kasih-Mu..
Hingga tiada lagi nama itu terukir dibibirku..
Hingga tiada lagi rasa itu dihatiku..

Bukan menidakkan perasaan ini..
Bukan menentang fitrah insani..
Tapi ku tak mahu menjebak diri..
Kerna bila cinta makhluk menguasai diri..
Cinta pada Pencipta kan memudar menyepi..
Menjauhkan aku dari redha illahi..
Tiadalah tenang malah meresahkan hati..



Ya Allah..

Mujahadahkan aku sehingga saat itu..
Sabarkan aku jangan ditakluki nafsu..
Biarkan masa saja yang menentu..
Biarkan semuanya berjalan mengikut rancangan-Mu..
Kerna Engkau saja yang maha tahu..
Jika sudah tertulis pasti bertemu..
Semoga redhaMu mengiringiku..
Semoga dia yang terbaik menjadi penemanku..

Jika Kamu Mengatakan Cinta.....




Jika kamu memancing ikan..

Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu MELEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. 

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak. Tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.

Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi. Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya. 

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan.

Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.. Yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. MENGASIHIMU. :)

Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan MENYESAL.

Renung-renungkanlah wahai teman.. :)

Pandangan Dalam Cinta...



Memang senyuman selalu menghias wajahku
Memang tawa selalu menghias bibirku
Tapi pernahkah kalian tahu
Bahawa sebenarnya hatiku tersayat sedih

Betapa kalian tidak tahu
Kalau dalam senyum itu terlukis puing-puing kesedihan..

Dan kalian tak mengerti, kalau hatiku bergelumung dalam rahsia
Jangan kalian cuba menanyaku, aku sengaja menyembunyikan semuanya
Kerana aku tak ingin kalian turut sama dalam kesedihan.
Aku tak ingin kalian turut berduka kerana aku

Aku tak ingin kalian mengetahui siapa aku sebenarnya
Itulah sebabnya, Aku selalu memaksa diriku untuk tersenyum
Walau segalanya tersembunyi, terjepit tangis yang pilu…
PANDANGAN PENULIS CINTA :

Ketawa di sebalik kedukaan adalah untuk menutup rasa kecewa. Memang amat sukar untuk mengukir sebuah senyuman tatkala hati sedang terluka, namun percayalah setiap kelukaan ada ubatnya. Merahsiakan rahsia hati di riak wajah adalah nikmat ALLAH yang besar!

Usah terlalu gundah, usah mudah mengalah. Percayalah kalah bukan bermakna lemah. Kalah juga bukan bererti kita cepat menyerah.

”Kekalahan” untuk sesuatu kebaikan adalah bukti ”kemenangan”

ALLAH menguji keikhlasan apabila bersendirian. ALLAH memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah. ALLAH melatih kesabaran dalam kesakitan. Dan ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik..InsyaALLAH. 

12 Perkara Penting Tentang Cinta!




1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

7. Persahabatanbiasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yang sangat menggoncangkan jiwa.

11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.

12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

9 Perkara yg tidak boleh dibincang kan dengan LELAKI

1. Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia.

2. Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dantutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.

3. Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.

4. Seiring dengan bertambahnya usia, `keperkasaan’ si dia tentu akan mengalami penurunan. Jangan cuba-cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu.

5. Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.

6. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan.

7. Bercerai adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang kata-kata itu jauh-jauh.

8. Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah.

9. Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak akan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.

Buat Kekasih....



Kekasihku sayang..!!!
Mungkin aku memang tidak romantis.
Mungkin aku memang tidak mampu membelikanmu bunga.
Atau mengajakmu jalan-jalan di pinggir pantai yang indah. Atau mungkin tidak mampu memberikanmu puisi indah.
Maafkan, kamu benar, itu memang bukan gayaku.
Dan sesungguhnya aku tidak mampu melakukannya.  



Aku mencintaimu dengan caraku sendiri.
Entahlah kalau kamu sedar ataupun tidak.
Aku mencintaimu dengan mendoakanmu di setiap sujudku.
Kerana aku tahu betul, kau jarang menghadap tuhanmu. Aku mencintaimu dengan cara mengerti bahawa kau jarang benar solat.
Maka aku ajarkan dirimu bagai mana mencari bekal akhiratmu.
Aku tahu kamu tak pandai mengaji, walau kau seorang muslim. Aku mencintaimu dengan cara sendiri.
Mengajakmu mengenal syurga yang abadi.
supaya kamu tau, kelak kita akan bersama di sana. Aku mencintaimu dengan cara setia padamu.
Saat kau pergi jauh dariku aku masih menyimpan semua tentangmu. 
 

Aku tahu, hal tersebut memang tidak ada romantis-romantisnya.
Untuk itu, aku minta maaf padamu. Tapi, begitulah caraku mencintaimu.
Aku Berharap, kau mengerti.
Dan kau mampu Memahamiku
Dalam setiap langkahku…..
Kerana Aku Mencintaimu Kerana ALLAH… Diam,itulah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap kesucian agar hatiku dan hatimu tak terbesit oleh nafsu. Diam, itulah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap ketaqwaan agar fitrah itu tidak membuat Rabb ku cemburu padaku. Diam, adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap syafa’at agar selamat di dunia dan di akhirat-Nya. Diam,adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap keredhaan-Nya agar Allah tidak membenci perilaku kita. Diam,adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.

Mengharap keikhlasan agar Allah berikan balasan yg indah bagi para pemelihara kesucian.Aku tidak marah, aku tidak cemburu kerana kau bukan hakku, Kadang memang kelemahan sebagai manusia biasa aku, ada sedikit cinta di hatiku utkmu.Yang ingin agar kau tau. Tapi sekali lagi kau milik Allah bukan miliku.jadi biarkan cinta ini ku pendam dalam hatiku. bila ada siraman Redhaanya kita kan bersama dan bila tidak,aku yakin akan ada bibit yang lebih baik dari- Nya.. jadi walau aku cinta aku putuskan utk diam, biarkan Allah yang maha Kuasa mengatur-Nya.Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan.